PENCURI yang membawa pisau masuk ke rumah pemain tengah Tottenham Hotspurs, Dele Alli di London pada awal Rabu lalu terlepas daripada kecederaan parah selepas berlaku pergelutan dengan perompak itu.
Alli ,24, mengasingkan diri di rumahnya dengan saudara dan rakan karibnya, lapor Daily Mail ketika menjelangnya sesi latihan.
Dua lelaki masuk ke rumah setelah berlaku pertengkaran dengan Alli dan berjaya melarikan diri bersama barang kemas.
Alli dan penghuni lain di rumah itu dikatakan masih terkejut dengan insiden tersebut tetapi sebaliknya tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
“Terima kasih di atas semua mesej. Pengalaman yang mengerikan namun kami baik-baik saja sekarang. Hargai sokongan, anda” tweet Alli.
Seorang jurucakap polis memberitahu Mail: “Polis dipanggil sekitar jam 12: 35 tengah malam jam pada Rabu, 13 Mei untuk melaporkan kejadian rompakan di sebuah alamat kediaman di Barnet.
“Dua lelaki masuk ke dalam rumah dan mencuri barang kemas termasuk jam tangan sebelum melarikan diri.
“Seorang penghuni lelaki berusia 20-an, mengalami cedera ringan selepas diserang. Dia tidak memerlukan rawatan di hospital.”Belum ada tangkapan dilakukan.
Alli dijadualkan memulakan latihan dengan Spurs minggu depan menjelang penyambungan semula Liga Perdana Inggeris nanti. – AFP