HARTANAH DAPAT SAMBUTAN MEMBERANGSANGKAN… Projek kondominium Parkhill The Logg meliputi 250 unit oleh pemaju hartanah yang berpangkalan di Sabah, K.T.I Sdn Bhd telah habis ditempah semasa tempoh jualan pada Januari dan Jun 2022. Setakat ini, 130 pemilik rumah turut membuat pembelian rasmi dengan menandatangani perjanjian jual beli. Projek ini dilengkapi dengan satu atau tiga bilik tidur yang terletak di pembangunan hartanah paling mewah di negeri itu. Parkhill merupakan antara tiga menara kediaman yang turut merangkumi dua blok pangsapuri berperkhidmatan 28 tingkat yang dikenali sebagai Shorea & Astoria. Ketiga-tiga blok ini terletak dalam pembangunan bercampur yang dikenali sebagai The Logg. The Logg dibangunkan di atas satu daripada beberapa
bidang tanah utama terakhir di tengah-tengah Luyang di Sabah.
KUALA LUMPUR: Projek kondominium Parkhill The Logg meliputi 250 unit oleh pemaju hartanah yang berpangkalan di Sabah, K.T.I Sdn Bhd telah habis ditempah semasa tempoh jualan pada Januari dan Jun 2022.
Menurut pemaju tersebut, setakat ini, 130 pemilik rumah turut membuat pembelian rasmi dengan menandatangani perjanjian jual beli. Projek ini dilengkapi dengan satu atau tiga bilik tidur yang terletak di pembangunan hartanah paling mewah di negeri itu.
Dalam kenyataan semalam, syarikat itu menjelaskan K.T.I juga merupakan pemaju pertama di Sabah yang menawarkan penyelesaian pembiayaan alternatif untuk menjadikan pembelian rumah sebagai proses mudah diakses dan tanpa masalah melalui Program Pemilikan Hartanah K.T.I.
Pengarah Jualan dan Pemasaran K.T.I. Stella Loke berkata penyelesaian pembiayaan itu membolehkan 70 pembeli tempatan memiliki rumah mewah idaman mereka dengan sifar bayaran pendahuluan dan pembiayaan 100 peratus.
“Misi kami adalah membantu mereka merealisasikan aspirasi untuk memiliki rumah idaman mereka, kami gembira dengan kemajuan Parkhill yang memberangsangkan.
“Kami telah menjadikan impian itu satu realiti untuk pembeli tempatan. Kami akan terus berusaha dan memperluas manfaat program pemilikan hartanah kami kepada pembeli Shorea & Astoria,” katanya.
Menurut syarikat itu, Parkhill merupakan antara tiga menara kediaman yang turut merangkumi dua blok pangsapuri berperkhidmatan 28 tingkat yang dikenali sebagai Shorea & Astoria.
Ketiga-tiga blok ini terletak dalam pembangunan bercampur yang dikenali sebagai The Logg.
The Logg dibangunkan di atas satu daripada beberapa bidang tanah utama terakhir di tengah-tengah Luyang di Sabah.
Bagi memastikan integriti struktur pembangunan seluas 2.02 hektar ini tidak dikompromi, K.T.I telah membina dinding asas bangunan dan papak menggunakan barisan cerucuk gerudi, jelas syarikat itu.
Projek itu juga mempunyai ciri tahan gempa bumi, tambahnya.
Pengarah Projek, Wilson Loke berkata: “kami mengambil inisiatif tambahan untuk menggunakan kaedah ini bagi memastikan lanjutan jangka hayat The Logg dengan menghalang hakisan tanah.”
Pembangunan bersepadu itu adalah projek usaha sama dengan Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Sabah dengan dibiayai oleh Bank Pembangunan Sabah.
Ia membuktikan keyakinan kerajaan negeri terhadap K.T.I untuk menjana semula Luyang menjadi hab kediaman mewah, komersial dan gaya hidup, menurut syarikat itu.
Projek itu dijangka siap pada 2025.
Layari laman web The Logg di https://www.thelogg.com.my/shorea-n-astoria/ dan https://www.maybank2own.com/portal/kotakinabalu/5322-the-logg-astoria-shorea.html untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai projek itu dan pembiayaan HouzKEY bagi Shorea & Astoria. – Bernama