‘Kami belajar banyak perkara untuk jadi seorang wartawan’
Oleh RYNNA SHA’ERRA
KUCHING: Beberapa peserta teruja mengikuti bengkel kewartawanan anjuran Utusan Sarawak semalam.
Mohd Heakal, 24 tahun.
“Menerusi bengkel ini, saya mempelajari banyak perkara terutamanya tips dalam menulis berita dengan betul berdasarkan format yang tepat. Sebelum ini saya berpendapat bahawa menjadi seorang wartawan itu kerja yang mudah namun hari ini saya menyedari banyak proses yang perlu dilalui sebelum satu berita tersebut diterbitkan sebagai info kepada masyarakat. “
Nurfarahin Razani, 24 tahun
“Saya sememangnya mempunyai minat untuk menulis dan dengan peluang ini, saya berharap saya dapat menjadi seorang wartawan yang dapat membantu masyarakat menerusi penulisan saya. Selain itu, ia memberi ruang kepada saya untuk melihat dunia luar, kehidupan masyarakat menerusi kaca mata seorang wartawan. Bengkel ini sangat membantu saya yang baharu sahaja melangkah ke alam kerjaya meskipun ia sekadar kerja sambilan.”
Noeleen Perna Rickie, 28 tahun
“Menulis bukan perkara baharu bagi saya kerana sebelum ini saya pernah menulis semasa di universiti . Namun, untuk menjadi seorang wartawan, ia memberi pengalaman baharu kerana tulisan saya akan dibaca oleh khalayak ramai selepas ini. Menerusi bengkel ini, saya mempelajari banyak perkara dan untuk menjadi seorang wartawan, banyak perkara yang perlu saya fokuskan terutama untuk menjadi seorang yang suka mengambil tahu, peka terhadap sekeliling dan mencari maklumat terlebih dahulu sebelum menghadiri sesuatu program.”