SUNYI… Platform dan kereta api kelihatan kosong di Stesen Waterloo di London selepas pekerja mengadakan
mogok kereta api terbesar di UK. • Foto AFP
LONDON: Perjalanan merentasi stesen kereta api Britain terhenti pada Selasa lalu apabila tindakan mogok dan dianggap yang terbesar dalam lebih tiga dekad.
Kesatuan kereta api, RMT berpendapat bahawa mogok itu perlu kerana gaji yang diterima gagal seiring dengan inflasi United Kingdom (UK) yang mencecah paras tertinggi 40 tahun dan berada di landasan untuk terus meningkat.
Malah, rundingan terakhir untuk mengelak pemberhentian kerja gagal pada Isnin lalu, menyebabkan lebih 50,000 anggota RMT keluar bagi menyertai mogok.
Stesen Kereta Api dan Kereta Api Bawah Tanah London hanya menawarkan perkhidmatan di sesetengah lokasi sahaja.
Pada masa sama, penumpang diberi amaran untuk tidak melakukan perjalanan sepanjang minggu dengan dua hari lagi tindakan mogok dijadualkan pada hari ini (23 Jun) dan Sabtu ini.
Firma teksi melaporkan lonjakan permintaan, manakala jalan utama dipenuhi dengan bas dan kereta dengan penunggang basikal turut kelihatan.
Barisan panjang terbentuk di perhentian bas di pinggir London sejurus selepas 6.00 pagi, tetapi ramai yang terkandas kerana perkhidmatan bas sudah penuh.
Malah, penumpang yang cuba pulang ke rumah turut menghadapi situasi sama
Amber Zito, 24, pakar hidroterapi anjing dari Holmfirth, West Yorkshire, menggelar mogok itu sebagai mengecewakan selepas terlepas kereta api pada sebelah pagi, tetapi menyokong pekerja kereta api.
“Saya menyalahkan kerajaan. Saya tidak menyalahkan orang yang bekerja untuk syarikat kereta api sama kerana mereka cuba melakukan apa yang semua orang mahu untuk kerja mereka,” ujar Zito.
Menurut tinjauan ringkas YouGov, penduduk UK berbelah bahagi mengenai mogok, dengan 37 peratus menyokong minggu ini berbanding 45 peratus menentang,
Kerajaan mengekalkan isu itu mesti diselesaikan oleh pengusaha kereta api swasta dan kesatuan sekerja.
Setiausaha Pengangkutan Grant Shapps berkata, beliau kesal mengenai mogok itu.
“Orang yang cedera adalah orang yang secara fizikalnya perlu hadir bekerja, mungkin dengan gaji yang lebih rendah, mungkin tukang cuci di hospital,” katanya kepada Sky News.
Perdana Menteri Boris Johnson, ketika berucap pada Kabinet menggesa baron (pekerja rendah) kesatuan untuk duduk dengan Network Rail dan syarikat kereta api bagi menyelesaikan perjanjian.
Negara itu perlu kekal dalam perjalanan mempertahankan reformasi kepada rangkaian rel mengikut keperluan dan demi kepentingan awam.
Setiausaha Agung RMT, Mick Lynch menyifatkan tawaran tidak boleh diterima untuk kenaikan gaji di bawah inflasi oleh kedua-dua pengendali kereta api atas tanah dan London Underground, yang mengendalikan Tube di ibu negara.
Pada masa sama, mogok pekerja itu juga berisiko menyebabkan gangguan ketara kepada acara utama termasuk Festival Muzik Glastonbury.
Malah, ribuan remaja yang mengambil peperiksaan sekolah kebangsaan turut terkesan sehingga terpaksa keluar sekitar sejam lebih awal untuk tiba di sekolah tepat pada waktunya, manakala yang lain menaiki teksi.
Mogok itu merupakan pertikaian terbesar dalam rangkaian kereta api Britain sejak 1989, menurut RMT dan pengendali kereta api memberi amaran tentang gangguan sepanjang minggu.
Hanya sekitar 20 peratus perkhidmatan berjalan dan separuh daripada semua rangkaian lokasi ditutup selain kapasiti perkhidmatan turut dikurangkan.-AFP