PELUMBA England Ethan Hayter daripada pasukan Ineos Grenadiers memecut untuk memenangi prolog Jelajah de Romandie selepas menamatkan laluan 5.12km mengelilingi Lausanne dalam masa 5 minit 52 saat, semalam.
Hayter yang berusia 23 tahun mengenepikan peserta Australia, Rohan Dennis daripada pasukan Jumbo-Visma dengan 3 saat manakala Felix Grossschartner daripada pasukan Bora Hansgrohe dari Austria di tempat ketiga ketinggalan hampir 10 saat.
Juara bertahan dan pelumba veteran Ineos, Geraint Thomas, pemenang Jelajah Perancis 2018, berada di tempat keempat juga ketinggalan 10 saat.
Pemenang Jelajah Perancis empat kali Chris Froome menduduki tempat ke-119 ketinggalan 42 saat.
Hayter merupakan juara ujian masa Britain dan pemenang kejuaraan dunia berbasikal trek omnium dan memulakan perlumbaan dengan memakai jersi hijau pendahulu keseluruhan.
Peringkat satu menawarkan peluang melakukan ‘break away’ lewat dalam laluan sejauh 178km ke Romont dan diikuti dengan dua lagi laluan gunung sederhana.
Laluan bergunung utama Ahad ini dengan enam gunung besar untuk didaki adalah cabaran terbesar dan ujian masa individu yang menanjak pada Isnin juga harus menjadi salah satu peringkat penentu. – AFP