IPK Sarawak, MAB Kuching terima sumbangan

Facebook
WhatsApp

KUCHING: TYT yang di-Pertua Negeri Sarawak dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib hari ini memberi sumbangan air mineral dan cecair pembasmi kuman kepada IPK Sarawak untuk diagihkan kepada petugas-petugas yang menjalankan sekatan jalan raya dalam usaha pencegahan dan menangani wabak COVID-19.

Sumbangan tersebut diserahkan kepada Supritendan Ismail Mahmood, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam IPK Sarawak di perkarangan Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Sumbangan seterusnya adalah penyerahan sumbangan cecair pembasmi kuman kepada Malaysia Aiports Berhad (MAB) Kuching untuk kegunaan petugas-petugas MAB di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Turut hadir ketika penyerahan tersebut ialah Inspektor Rafeek Md. Ali, Timbalan Pengawal Bilik Gerakan IPK Sarawak dan Sub Inspektor Sazalee Salimon serta pegawai-pegawai kanan Astana Negeri Sarawak.

Bakat AI luar bandar tidak boleh tercicir

KOTA SAMARAHAN: Peluang mempelajari teknologi kecerdasan buatan (AI) perlu diperluas kepada murid di luar bandar supaya mereka turut mempunyai ruang