Rakyat berterima kasih kepada KM

Facebook
WhatsApp
TERIMA KASIH.. Robinson Corey melahirkan rasa syukur kepada Kerajaan Sarawak.

NURZILLA MOHAMAD

SIBU: Orang ramai terus melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kerana sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat di negeri ini.

Ketua Terabai Menua Cawangan Sibu, Robinson Corey berkata, keprihatinan Kerajaan Sarawak jelas terbukti menerusi pengumuman Bantuan Khas Sarawaku Sayang (BKSS) 3.0 oleh Ketua Menteri, baru-baru ini.

Katanya, BKSS 3.0 yang melibatkan suntikan dana sebanyak RM0.30 bilion merupakan perbelanjaan Kerajaan Sarawak sepenuhnya kepada ekonomi negeri ini.

“Di kala kita terkesan dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu dan kini Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilanjutkan sehingga 9 Jun depan.

“BKSS 3.0 ini secara langsung lantas menyuntik semangat setiap rakyat Sarawak dalam menghadapi tempoh mencabar ini,” jelasnya.

Beliau amat menyokong inisiatif murni Kerajaan Sarawak kerana ia adalah salah satu daripada usaha membantu meringankan bebanan kewangan rakyat.

“Inisiatif murni Kerajaan Sarawak itu dapat membantu terutamanya pekerja kontrak, swasta dan golongan yang berpendapatan rendah.

“Ketika pelaksanaan PKPB ini, seperti yang telah saya katakan tadi golongan ini tidak dapat turun bekerja untuk mencari rezeki dan pengumuman BKSS 3.0 adalah tindakan tepat dan jelas prihatin terhadap rakyat,” ujarnya.

Tambahnya lagi, beliau berterima kasih di atas keprihatinan Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Bakat AI luar bandar tidak boleh tercicir

KOTA SAMARAHAN: Peluang mempelajari teknologi kecerdasan buatan (AI) perlu diperluas kepada murid di luar bandar supaya mereka turut mempunyai ruang