TINGKAT PENGELUARAN… Dato Henry Sum Agong merasmikan penyerahan mesin pelerai padi untuk
meningkatkan pengeluaran Padi Adan di Ba’Kelalan dan Trusan di Lawas.
LAWAS: Masyarakat Lun Bawang di Lawas perlu mengoptimumkan komitmen dalam mengeluarkan hasil tanaman Padi Adan.
Ini berikutan Beras Adan Lawas mempunyai kualiti dan tekstur yang setanding dengan Beras Bario yang juga mempunyai harga yang lumayan.
Timbalan Menteri Pengangkutan Dato Henry Sum Agong berkata demikian pada majlis penyerahan mesin pelerai padi kepada lima kampung di Ba’Kelalan dan Trusan di sini, semalam.
Dalam pada itu, Henry Sum menggesa agar semua tanah terbiar di kawasan Ba’Kelalan dan Trusan diusahakan dengan tanaman Padi Adan.
Ujarnya, kerajaan terus membantu melalui kementerian bertanggungjawab dalam usaha meningkatkan hasil makanan negara.
Henry Sum yang juga Ahli Parlimen Lawas turut menasihatkan agar penanam Padi Adan ini untuk menghasil dan menjual Beras Adan yang asli.
“Apabila kita menjual Beras Adan ini, pastikan beras itu tidak dicampur dengan beras lain kerana ini akan mempengaruhi kualiti dan rasanya. Sebenarnya Beras Bario dan Beras Adan ini mempunyai rasa yang sedap, tetapi apabila dicampur akan menjadikan rasanya lain,” tambahnya.
Turut hadir, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, Pegawai Pertanian Bahagian Limbang Jakaria Rambli, Penghulu Jack Agong dan Pegawai Pertanian Daerah Doraup bin Mail.
Lima kampung yang mesin pelerai padi adalah Kampung Puneng Trusan Lobg Semadoh, Kampung Batu Dua Jalan Trusan, Kampunh Semadoh Airport Long Semadoh, Kampung Long Langai Bakelalan dan Kampung Long Tuan Trusan.
Oleh ADENG EDRUS