Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kerajaan saran majikan tawar gaji minimum kepada pekerja
  • NASIONAL

Kerajaan saran majikan tawar gaji minimum kepada pekerja

Utusan Sarawak 3 years ago

JOHOR BAHRU, 22 Feb -- Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar (lima, kiri) dan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan (empat, kanan) bergambar bersama penerima-penerima replika cek Tekun pada Majlis Pelancaran Kempen Mencarum Perkeso Usahawan Tekun hari ini.?? --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

MENTERI Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar (lima, kiri) dan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan (empat, kanan) bergambar bersama penerima-penerima replika cek Tekun pada Majlis Pelancaran Kempen Mencarum Perkeso Usahawan Tekun semalam. • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyeru lebih ramai majikan menawarkan gaji pekerja pada kadar melebihi gaji minimum sedia ada, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.

Beliau berkata, pendekatan syarikat AEON Co (M) Bhd dan Westports Holdings yang baru-baru ini telah menawarkan gaji pada kadar RM1,500 kepada pekerja mereka wajar dijadikan contoh.

Saravanan berkata, walaupun semakan kasar terhadap gaji minimum ini belum diputuskan dan dimuktamadkan oleh kerajaan, terdapat majikan yang telah mula membayar gaji minimum pada kadar RM1,500.

“Kedua-dua majikan (AEON dan Westports Holdings) ini telah menunjukkan contoh baik yang mana mereka prihatin dengan permasalahan pekerja walaupun dengan keadaan ekonomi masih terkesan akibat pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini berkata, kerajaan sedang melaksanakan sesi libat urus dengan majikan berhubung pelaksanaan gaji minimum RM1,500 bagi membolehkan ia dilaksanakan secara holistik. – Bernama

Continue Reading

Previous: 25,000 usahawan disasar mencarum Skim SKSPS
Next: Perdana Menteri tiba untuk lawatan rasmi ke Kemboja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.