DATUK Amar Douglas Uggah Embas mengulung perbahasan dalam Mesyuarat Penggal Pertama DUN Sarawak kali ke -19 pada hari ke-3. • Foto HERRIEY NAHA
KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan 2021 selepas bacaan kali ketiga semalam.
RUU itu dibentangkan oleh Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru Kedua, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Anggaran Tambahan Kedua Perbelanjaan Biasa, 2021 seperti yang terkandung dalam Kertas Perintah No.1 Tahun (Command Paper No.1) 2022 yang mengandungi jumlah tambahan RM478,843,946 dibentangkan di hadapan dewan mengikut Perkara 32 Perlembagaan Negeri.
Beliau turut membentangkan usul resolusi anggaran perbelanjaan pembangunan tambahan pertama 2021 kepada jawatankuasa perbekalan.
Perbelanjaan tambahan ini tidak memenuhi kos pelbagai perkhidmatan yang ditanggung oleh pelbagai Kementerian dan Jabatan yang mana dana tidak disediakan atau tidak mencukupi dalam Anggaran 2021.
“Seperti yang dibentangkan di dalamnya, terdapat 47 sub aktiviti dan 68 sub-sub aktiviti yang mana peruntukan tambahan diperlukan. Jumlah peruntukan tambahan yang diperlukan ialah RM81,608,762.
“Jumlah yang diperlukan telah diperoleh daripada simpanan di kalangan subtajuk berkenaan atau pendahuluan daripada rizab luar jangka,” katanya.
Katanya lagi, Butiran perbelanjaan tambahan disediakan dalam Kertas Perintah No.2 Tahun 2022.