DOVER: Seorang lelaki migran membawa ke darat bayi yang sedang tidur dalam sut romper merah jambu di Dover di tenggara England pada Selasa lalu selepas tiba dengan bot dalam salah satu lintasan pertama tahun ini.
Menurut seorang jurugambar AFP, kumpulan migran itu, termasuk kanak-kanak mendarat di Marina di Dover selepas perkhidmatan bot penyelamat United Kingdom (UK) menemui bot mereka di laut dan membawa mereka masuk dengan selamat,.
Mereka diiringi oleh pegawai Pasukan Sempadan UK dengan beberapa tersenyum dan menaikkan tanda kemenangan ketika mereka melangkah ke dermaga.
Tahun lepas, rekod bilangan lebih daripada 28,000 pendatang yang membayar beribu-ribu Pound kepada penyeludup manusia tiba di UK dengan bot tua, menurut analisis data Pejabat Dalam Negeri oleh agensi berita Persatuan Akhbar domestik.
Ini adalah lebih daripada tiga kali ganda daripada jumlah yang dilihat pada 2020, dengan jumlah yang lebih tinggi dikaitkan dengan penggunaan bot yang lebih besar oleh penyeludup untuk mengemudi salah satu lorong perkapalan paling sibuk di dunia.
Pada November tahun lalu, data menunjukkan sekitar 6,869 migran membuat perjalanan menerusi selat disebabkan keadaan cuaca yang menggalakkan.
Malangnya, 27 pendatang mati lemas di Perancis pada 24 November lalu selepas mereka cuba menyeberang dengan bot yang diumpamakan oleh pegawai Perancis seperti ‘kolam kembung kanak-kanak’.
Jumlah migran yang tinggi yang menyeberang ke Britain dari tanah besar Eropah telah menjadi ‘politik sakit kepala’ bagi Perdana Menteri Britain Boris Johnson dan Setiausaha Dalam Negeri, Priti Patel.
Aliran migran juga telah menjejaskan hubungan Britain dengan Perancis menyebabkan permainan menyalahkan yang tidak wajar walaupun kedua-dua pihak cuba mengganggu rangkaian pemerdagangan manusia.
Rang Undang-Undang (RUU) Kewarganegaraan dan Sempadan Kerajaan UK kini di Parlimen menjanjikan tindakan lebih tegas terhadap penyeludup manusia dan secara kontroversi, pendatang itu sendiri.
Jika diluluskan, RUU itu yang ditentang oleh kumpulan hak asasi manusia akan membenarkan pemulangan pencari suaka. -AFP