LAWAS: Usahawan Sarawak perlu memanfaatkan sepenuhnya teknologi digital dan mengalihkan perniagaan mereka ke arah ekonomi digital.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan turut menambah bahawa Kerajaan Sarawak turut menyediakan inisiatif dan bantuan sewajarnya selaras dengan Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2018-2022 dan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030.
Ini akan merealisasikan aspirasi Sarawak ke arah wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030,” katanya pada Majlis Perasmian Digital Go di sebuah hotel di sini, semalam.
“GO Digital menyasarkan untuk mempercepatkan transformasi digital dalam kalangan usahawan Sarawak yang akan meningkatkan kecekapan prestasi perniagaan mereka seterusnya membolehkan mereka bersaing dipersada global,” tambahnya.
Turut hadir, Tan Sri Datuk Amar Speaker Mohd Asfia Awang Nassar, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MINTRED) Dzulkornain Masrom, Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Digital Economy Corporation Berhad (SDEC) Sudarnoto Osman dan Residen Bahagian Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi.
Awang Tengah turut menyampaikan replika cek kepada dua penerima pakej GO Digital yang berpengkalan di Lawas dan replika cek daripada MINDTRED serta AgroBank kepada usahawan kumpulan pengusaha perusahaan kecil dan sederhana di Lawas.
Oleh ADENG EDRUS