PEMBANGUNAN terus rancak seperti ‘cendawan selepas hujan’ di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawah, sejak Profesor Dato Sri Dr Sim Kui Hian, 56, menjadi wakil rakyat di konstituensi terbabit.
Perubahan besar di Batu Kawah dan di seluruh negeri di bawah kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) member keyakinan kepada beliau untuk mempertahankan kerusi Batu Kawah di dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 ini.
Beliau yang juga Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sim telah bekerja keras bagi membawa pembangunan dan menaik taraf kehidupan penduduk di kawasan tersebut.
Malah beliau juga menggalas tanggungjawab lain, misalnya Tugas sebagai menteri yang bertanggungjawab untuk Majlis Bandar Raya Kuching Selatan, Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak, dan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sarawak; selain hal-hal yang berkaitan dengan Jabatan Kesihatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (kedua-duanya adalah agensi Persekutuan) di Sarawak.
Namun demikian, sebagai seorang pakar kardiologi, Dr. Sim tidak pernah melepaskan profesionnya dan beliau masih kerap membuat lawatan ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS), sebagai perunding kanan pakar kardiologi pelawat. Malah beliau adalah orang yang bertanggungjawab menubuhkan Jabatan Kadiologi HUS pada tahun 2001.
Jabatan ini telah berkembang secara progresif sebagai pusat kardiologi (Pusat Jantung HUS) dengan kemudahan tersendiri di Kota Samarahan dan pusat latihan yang diiktiraf untuk pakar bedah kardiotoraks, di mana beliau adalah penasihat di Pusat Penyelidikan Klinikal SGH dan juga ahli lembaga Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM), serta profesor tambahan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Anak kepada Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Sim Kheng Hong yang merupakan Timbalan Ketua Menteri Sarawak (1974 – 1991), beliau menyertai politik dan bukannya menjadi pakar kardiologi sepenuh masa agar beliau boleh membina lebih banyak hospital untuk menampung populasi yang semakin meningkat di Sarawak.
Hari ini, Dr. Sim bukan sahaja membina hospital tetapi kemudahan infrastruktur untuk kawasannya yang sekali gus memacu lebih banyak pembangunan kepada kawasan Batu Kawah.
PROJEK PEMBANGUNAN
Antara projek tersebut termasuklah menaik taraf sistem saliran berjumlah RM244 juta yang merangkumi tebatan banjir, tambak dan pembersihan sungai (20 km), penyelenggaraan dan naik taraf jalan sebanyak RM30 juta termasuk lampu isyarat, pembesaran jalan, pemasangan pagar dan penghadang, pembahagi jalan dan laluan pejalan kaki, jambatan (300 km), naik taraf jalan batu kelikir sepanjang 41 KM melibatkan 1,200 rumah, 900 lampu jalan dan 53 kamera litar tertutup (CCTV).
Kerja menaik taraf paip air diperluaskan ke kawasan perumahan dengan nilai keseluruhan MR2.5 juta, manakala bagi Kemudahan Rekreasi dan Sukan, terdapat lima taman dan tiga padang futsal dibina dengan kos RM13.5 juta.
Sejak pandemik Covid-19 melanda, subsidi pertanian turut diberikan kepada petani berjumlah RM2.6 juta, naik taraf jalan kampung RM 3.9 juta, geran UNIFOR untuk kuil dan gereja RM4.0 juta dan taman Tepi Sungai Batu Kawah RM 22.8 juta. Dr. Sim turut merealisasikan pembinaan 11 buah dewan pelbagai jenis, satu dewan sukan dan balai raya dengan kos RM19 juta.
Beliau turut membantu menaik taraf Klinik Kesihatan Batu Kawah dan Klinik 1 Malaysia termasuk program penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin melibatkan 185 rumah.
Penaiktarafan Klinik Kesihatan Batu Kawah datang pada masa yang tepat kerana kawasan itu dibuka untuk menampung kecemasan vaksinasi Covid-19 di mana dalam tempoh enam minggu, 7,000 dos telah diberikan.
Sentiasa meninjau nasib rakyat, Dr. Sim berkata beliau berharap untuk membina lebih banyak rumah mampu milik di Batu Kawah memandangkan permintaan dan harga rumah melambung tinggi .
Mercu tanda terbaharu ialah Taman Tebing Sungai, dengan kerja pembinaannya bermula pada 2018, bakal disiapkan dalam empat fasa dan akan mengubah landskap kawasan sungai, manakala sebuah jambatan di paras setinggi lapan tingkat akan menghubungkan dua binaan di taman itu dari Pekan Lama Batu Kawa ke Kampung Rantau Panjang seluas 15.6 ekar.
Projek pertama seumpamanya di negeri ini, Sky Window setinggi 30 meter bersamaan dengan bangunan setinggi 10 tingkat boleh diakses melalui tangga atau lif bagi orang ramai menikmati pemandangan menakjubkan di Batu Kawah.
Dr Sim berkata tanpa projek landskap ini, kawasan itu hanya akan menjadi sebidang tanah terbiar yang terletak di bawah jambatan jalan raya tetapi kini, tanah terbiar ini diubah menjadi taman, dengan reka bentuk unik dan sepanjang 2 km laluan pejalan kaki dari satu hujung, kuil masyarakat Cina di Bazar Lama Batu Kawa sehingga ke Kampung Rantau Panjang di hujung sebelah lagi.
Projek Taman Tebing Sungai Batu Kawah dibahagikan kepada lima fasa dengan fasa pertama dan kedua dibiayai Kerajaan Sarawak dengan kos RM8.8 juta dan Majlis Perbandaran Padawan sebagai agensi pelaksana. Dua fasa pertama telah selesai.
MENANGANI COVID-19
Mengenai kesukaran menjalankan kerja kementeriannya, Dr. Sim yang juga penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SDMC) berkata, beliau bersyukur kerana beliau seorang doktor dan memahami bagaimana pandemik Covid-19 akan menjejaskan orang ramai.
Beliau akan mengakses setiap hari dalam platform media sosialnya untuk mendidik orang ramai tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan bagi menangani wabak itu. Malah beliau sendiri melakukan ujian kendiri untuk memastikan beliau mempunyai tahap kesihatan yang baik kerana tidak orang di sekeliling dijangkiti.
Beliau berkata, mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) daripada SDMC dan memastikan bahawa seseorang itu mengamalkan kebersihan dapat menjauhkan Covid-19. Walaupun berhadapan kekangan bekerja semasa pandemik, Dr. Sim berkata beliau berjaya menyesuaikan diri dengan norma baharu.
Masih tinggal bersama ibunya, Dr. Sim telah berkahwin dengan Profesor Madya, Datin Enn Ong. Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki.
Oleh CONNIE CHIENG