Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Karim berdepan PKR, PSB, PBK
  • TEMPATAN

Karim berdepan PKR, PSB, PBK

Utusan Sarawak 3 years ago
TERBAIK… Calon PKR Mahmud Epah (kiri), calon PSB Ts Ishak Buji (dua,kiri), calon GPS Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (dua,kanan) dan calon PBK Mohamad Mahdeen Saharuddin (kanan) pada hari pencalonan, semalam.

ASAJAYA: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah sah berdepan saingan empat penjuru dalam mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asajaya.

Selain Mahmud Epah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), dua calon lain yang akan bertanding adalah Ts Ishak Buji daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Mohamad Mahdeen Saharuddin daripada Parti Bumi Kenyalang (PBK). 

Semua calon telah tiba di pekarangan Pusat Penamaan Calon (PPC) di Dewan Utama SMK Asajaya 2 di sini bermula jam 8.20 pagi semalam dengan calon pertama yang tiba daripada parti PKR, diiringi calon PSB, PKR dan GPS.

Karim yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asajaya menyerahkan borang pada jam 9.05 pagi, diiringi Ishak menyerahkan borang pada jam 9.13 pagi,Mohamad Mahdeen (9.15 pagi) manakala Mahmud (9.18 pagi).

Suasana di pekarangan PPC tenang tanpa kehadiran penyokong calon meskipun keadaan cuaca hujan renyai membasahi bumi, proses penamaan calon berjalan lancar sehingga pencalonan ditutup pada jam 10 pagi.

Sementara itu, senarai muktamad calon yang layak bertanding telah diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Asajaya, Rais Ahmad pada kira-kira jam 10 pagi di PPC di sini.

“Sehingga selesai tempoh penghantaran borang pencalonan, hanya tiga calon menghantar borang mereka. Saya berpuas hati dan tiada borang yang ditolak,” katanya ketika mengumumkan pengesahan pencalonan bagi DUN itu.

Untuk rekod, Abdul Karim telah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya untuk empat penggal sejak 2001 dan pada PRN-11 yang lalu, beliau mengalahkan calon PKR, Abang Junaidi Abang Gom dengan majoriti 4,078 undi.

Oleh SYAMIMI HUSNA

Continue Reading

Previous: Raja Perempuan Tidak Menjadi
Next: Dr. Sim pacu pembangunan Batu Kawah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.