Lee Kim Shin fokus kesinambungan pembangunan Senadin, Miri

Facebook
WhatsApp
DATO Sri Lee Kim Shin ditemui media selepas proses penamaan calon selesai.

MIRI, 28 Nov: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.75 Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin, bertekad memberi tumpuan kepada kesinambungan agenda pembangunan di kawasan itu dalam tempoh lima tahun akan datang.

Beliau berkata, keutamaan adalah memastikan pelaksanaan pelbagai projek pembangunan yang telah diluluskan dan sedang dirancang berjalan lancar tanpa tergendala.

Menurutnya, projek infrastruktur berskala besar serta pembangunan ekonomi dijangka membuka lebih banyak peluang pekerjaan, perniagaan dan potensi pelancongan di Miri.

Pada masa sama, beliau akan terus memberi perhatian kepada isu setempat di Senadin, termasuk penambahbaikan sistem perparitan, menaik taraf jalan raya dan penambahan lampu isyarat.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada GPS, khususnya Pengerusinya, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas kepercayaan dan sokongan untuk sekali lagi mewakili parti itu di kerusi DUN N.75 Senadin.

Kim Shin berkata, kesinambungan pembangunan penting bagi memastikan projek yang dirancang dapat disiapkan demi kemajuan Miri dan Senadin.

Oleh Liong Chai Ling