Kempen tanpa janji, utamakan suara masyarakat – Henry 

Facebook
WhatsApp
DATUK Henry Harry Jinep ketika ditemui pemberita selepas proses penamaan calon PRN Sarawak Ke-13 bagi kerusi DUN N.02 Tasik Biru di Dewan Suarah Bau, hari ini. Foto Adele Rissa

BAU, 28 Nov: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.02 Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep memilih pendekatan libat urus bersama masyarakat berbanding menabur pelbagai janji sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.

Beliau berkata, pandangan golongan profesional, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, belia dan persatuan di Bau menjadi antara asas dalam mengenal pasti keperluan serta hala tuju pembangunan kawasan itu.

Menurutnya, pendekatan tersebut membolehkan perancangan pembangunan berskala kecil yang lebih dekat dengan keperluan rakyat dikenal pasti, selaras dengan dasar dan kerangka pembangunan kerajaan negeri.

“Saya tidak perlu berjanji. Sebelum ini pun saya tidak pernah berjanji. Sebaliknya, saya suka mengadakan libat urus dengan komuniti, termasuk golongan profesional, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, belia dan persatuan di Bau.

“Saya meminta pandangan mereka mengenai hala tuju seterusnya dan mereka akan mengemukakan cadangan. Begitulah cara kita bekerjasama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas proses penamaan calon PRN Sarawak ke-13 bagi kerusi DUN N.02 Tasik Biru, di Dewan Suarah Bau, hari ini.

Henry berkata, dasar kerajaan negeri menjadi kerangka utama pembangunan, manakala pandangan masyarakat membantu mengenal pasti perkara lebih khusus yang dekat dengan keperluan penduduk setempat.

Jelasnya, pendekatan itu penting bagi memastikan pembangunan yang dirancang bukan sahaja selari dengan dasar kerajaan, malah mengambil kira keutamaan masyarakat di kawasan berkenaan.

Mengulas mengenai cabaran pilihan raya kali ini, beliau berkata setiap pertandingan tetap memerlukan usaha dan komitmen tanpa mengira kekuatan pihak lawan.

“Pilihan raya tetap pilihan raya. Cabaran tetap ada dan kita perlu terus berjuang sehingga memenangi pertandingan,” ujarnya.

Oleh Adele Rissa 

Royston raih mandat baharu di Tellian

MUKAH, 28 Nov: Penyandang kerusi N.57 Tellian, Royston Valentine, diumumkan menang tanpa bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-13 selepas