ASAJAYA, 23 November: Pengarah Pendidikan Sarawak, Dato Omar Mahli, hari ini mengadakan lawatan ke pusat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Asajaya, Samarahan bagi meninjau kelancaran perjalanan peperiksaan.
Lawatan itu turut disertai Pegawai Pendidikan Daerah Samarahan, Hasbi Acheh.

Dalam lawatan tersebut, Omar turut meluangkan masa menyantuni calon SPM dengan menyampaikan kata-kata motivasi dan dorongan agar mereka kekal fokus, tenang serta berusaha memberikan yang terbaik sepanjang peperiksaan.
Beliau turut memberikan semangat kepada calon supaya yakin dengan kemampuan diri dalam menghadapi setiap kertas peperiksaan.
Lawatan itu merupakan sebahagian daripada usaha memberikan sokongan moral kepada calon yang sedang menduduki peperiksaan SPM 2026.





