Lebih 350 peserta meriahkan Program Larian Santai di Taman Tasik Permai

Facebook
WhatsApp
UNTUK ALBUM…Peserta merakam kenangan bersama pada Program Brisk Walk sempena Malaysia Aktif@Komuniti Peringkat Bahagian Sibu 2026 di Taman Tasik Permai, semalam.

SIBU, 22 November: Lebih 350 peserta menyertai Program Brisk Walk sempena Malaysia Aktif@Komuniti Peringkat Bahagian Sibu 2026 yang berlangsung di Taman Tasik Permai di sini, semalam.

Penyertaan itu melibatkan pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu, ahli Jawatankuasa (JK) SKUAD Antidadah Daerah Sibu serta orang awam.

Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu dengan kerjasama AADK Daerah Sibu dan JK SKUAD Antidadah Daerah Sibu itu bertujuan menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat menerusi aktiviti fizikal.

Selain itu, penganjurannya turut menjadi platform untuk memperkukuh kerjasama antara agensi dan komuniti dalam menyebarluaskan kesedaran mengenai pencegahan penyalahgunaan dadah.

Program berkenaan disempurnakan oleh Olivia Kaminis yang mewakili Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu.

Turut hadir Ketua Daerah AADK Sibu, Mohamad Farizal Mohamad Buang.

Antara aktiviti yang diadakan ialah berjalan kaki mengelilingi kawasan tasik, senamrobik, program AADK Santuni Komuniti (ASK) dan Pesanan Antidadah (PESADA).

Program itu turut menyediakan kaunter pendaftaran ahli baharu SKUAD bagi membuka peluang kepada masyarakat untuk turut serta dalam gerakan pencegahan dadah di peringkat komuniti.

Oleh Tarani Lanting

Suami isteri terperangkap dalam banjir

SIBU, 22 November: Sepasang suami isteri terselamat daripada detik cemas selepas kereta dinaiki mereka terperangkap dalam banjir dengan paras air