BAU, 19 November: Ketua Polis Daerah Bau, Superintenden Mohd Haide A Rahman menyampaikan sijil penghargaan kepada Inspektor Chew Cher Shin, Inspektor Pelesenan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau pada Perhimpunan Bulanan IPD Bau bagi November 2026, hari ini.
Mohd Haide yang mempengerusikan perhimpunan itu turut menyampaikan amanat kepada seluruh warga IPD Bau sebagai panduan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Perhimpunan yang berlangsung dari 7.30 pagi hingga 8.15 pagi di pekarangan IPD Bau itu dihadiri 11 pegawai kanan polis, 55 pegawai rendah polis dan 12 pegawai awam.
Program diakhiri dengan nyanyian lagu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Polis Sedia Berkhidmat, sebelum diteruskan dengan sesi bergambar.




