Gerawat perkemas persiapan PRN ke-13 DUN Mulu

Facebook
WhatsApp
DATUK Gerawat Gala mempergeruskan mesyuarat persiapan PRN di Pusat Khidmat DUN Mulu. Foto Jiku Juguong

MARUDI, 17 November: Penyelarasan jentera dan pembahagian tugas menjadi antara fokus utama mesyuarat persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu, khususnya di kawasan Poyut Lubok Nibong.

Mesyuarat yang dipengerusikan penyandang kerusi DUN Mulu, Datuk Gerawat Gala itu berlangsung di Pusat Khidmat DUN Mulu, di sini, dengan memberi tumpuan kepada perancangan strategi, penyelarasan gerak kerja serta mengenal pasti keperluan dan tindakan yang perlu dilaksanakan.

Gerawat yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) menekankan kepentingan kerjasama, komunikasi berkesan dan komitmen semua peringkat kepimpinan serta jentera di lapangan bagi memastikan persiapan berjalan lancar dan teratur.

Menurut beliau, persiapan menghadapi PRN ke-13 memerlukan kesatuan, disiplin dan semangat berpasukan supaya setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Katanya, setiap kawasan dalam DUN Mulu perlu mempunyai perancangan dan penyelarasan yang jelas bagi memastikan semua pihak memahami peranan serta tanggungjawab masing-masing.

Beliau turut mengingatkan semua peringkat kepimpinan dan jentera supaya mengekalkan kerjasama erat serta melaksanakan tugasan yang telah ditetapkan secara tersusun.

Gerawat berkata, kesepakatan dan komitmen semua pihak penting bagi memastikan setiap aspek persiapan menghadapi pilihan raya berkenaan dapat dilaksanakan mengikut perancangan.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak supaya terus bekerjasama dan melaksanakan tanggungjawab masing-masing demi masyarakat DUN Mulu.

Oleh Jiku Juguong