Ribut petir, hujan lebat di 11 negeri termasuk Sarawak serta tiga Wilayah Persekutuan hingga 6.00 petang

Facebook
WhatsApp
KUALA NERUS 20 MEI 2023. Kelihatan kilat memancar di Pulau Redang malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim meramalkan Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 23 Mac hingga pertengahan Mei tahun ini. Semasa Fasa Peralihan Monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang kondusif untuk kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa singkat. STR/GHAZALI KORI

KUALA LUMPUR, 16 November: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan 11 negeri serta tiga Wilayah Persekutuan hingga 6.00 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda keseluruhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan serta seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Di Perak, kawasan terlibat ialah Kerian, Selama, Larut Matang, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Kinta, Kampar, Batang Padang, Muallim, Bagan Datuk dan Hilir Perak, manakala di Pahang melibatkan Rompin dan Bera.

Di Sarawak, kawasan yang  dijangka mengalami cuaca buruk ialah Miri (Miri, Marudi dan Beluru), Sri Aman, Kapit (Song), Mukah (Mukah, Daro, Dalat dan Matu), Sibu, Bintulu (Tatau), Sarikei (Maradong, Julau dan Pakan), Limbang, serta Betong (Betong).

Amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Sabah, iaitu di Pedalaman (Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Sipitang, Tambunan dan Keningau), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu dan Putatan), serta Tawau (Tawau dan Kalabakan). – Bernama