Rumah Jack Braoh terima suntikan RM238,000, infrastruktur dan kebajikan terus diperkasa

Facebook
WhatsApp
ROY Angau Gingkoi menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Perasmian RTP 2026 yang berlangsung di Rumah Jack Braoh, Pais Skrang. Foto Roy Angau Gingkoi

SKRANG, 15 November: Penduduk Rumah Jack Braoh, Pais Skrang terus menerima perhatian dalam aspek pembangunan infrastruktur dan kebajikan menerusi penyaluran peruntukan berjumlah RM238,000 yang diumumkan Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi.

Peruntukan berkenaan diumumkan pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Perasmian Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2026 yang berlangsung di Rumah Jack Braoh, Pais Skrang, semalam.

Pada majlis itu, Roy turut menyempurnakan perasmian projek RTP 2026 bagi pembinaan pintu pagar di laluan masuk dan keluar rumah panjang berkenaan, sekali gus menyediakan kemudahan infrastruktur tambahan kepada masyarakat setempat.

Daripada jumlah keseluruhan yang diumumkan, sebanyak RM25,000 disalurkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Jack bagi menyokong pelaksanaan aktiviti serta memenuhi keperluan komuniti.

Selain itu, Biro Wanita menerima RM8,000 bagi membantu memperkukuh pelaksanaan program dan aktiviti wanita, manakala RM5,000 diperuntukkan untuk menyokong kebajikan pendidikan masyarakat Pais.

Bagi meningkatkan kemudahan asas penduduk, Roy turut mengumumkan peruntukan RM200,000 menerusi Program Menaik Taraf Rumah (PMR) untuk pembinaan sistem perparitan di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, setiap peruntukan yang disalurkan diharap dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya, khususnya bagi memenuhi keperluan pembangunan setempat serta memastikan kebajikan masyarakat terus diberikan perhatian.

“Peruntukan yang disalurkan ini diharap dapat dimanfaatkan sebaik mungkin demi meningkatkan kemudahan infrastruktur, menyokong aktiviti komuniti dan memperkukuh kesejahteraan penduduk di kawasan Pais Skrang,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada ketua-ketua masyarakat, Tuai Rumah Jack Braoh, barisan JKKK, Biro Wanita serta seluruh penduduk Rumah Jack dan Pais Skrang atas kehadiran serta sokongan yang diberikan bagi menjayakan majlis berkenaan.

Majlis Pemimpin Bersama Rakyat itu turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara pemimpin dengan masyarakat setempat, selain memberi peluang kepada penduduk menyuarakan keperluan dan isu berkaitan pembangunan kawasan mereka.

Oleh Adi Safarman

Lau gesa jalan Dalat-Sibu dipercepat

SIBU, 15 November: Gesaan supaya projek pembinaan jalan raya yang menghubungkan Dalat ke Sibu dipercepatkan mendapat sokongan Pengerusi Jawatankuasa Tetap