KUCHING, 11 November: Persembahan cahaya menggunakan ribuan dron bakal menghiasi ruang udara Sejingkat sempena Majlis Perasmian Jambatan Sejingkat pada 20 November ini.
Menurut hebahan Jabatan Kerja Raya (JKR), pertunjukan yang julung kali diadakan itu bakal menampilkan pelbagai formasi cahaya di udara.
Acara berkenaan turut diserikan dengan pertunjukan bunga api berwarna-warni bagi memeriahkan majlis perasmian tersebut.
Orang ramai dijemput hadir untuk menyaksikan pertunjukan berkenaan.
Oleh Masrin Affirah




