KUALA LUMPUR, 7 November: Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun kandas di separuh akhir Terbuka Korea 2026 selepas tewas kepada pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, hari ini.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Jinnam di Yeosu, gandingan pilihan ketiga Malaysia yang ketika ini menduduki rangking kesembilan dunia itu, tunduk kepada pasangan tuan rumah dengan straight set 17-21, 17-21 dalam pertarungan selama 39 minit.
Kekalahan itu melebarkan lagi rekod tanpa kemenangan Wei Chong-Kai Wun menentang pilihan utama Korea Selatan itu tujuh kali berturut-turut bermula daripada Orleans Masters 2025.
Beregu Malaysia itu juga tewas dengan pasangan Korea berkenaan di Terbuka Jepun 2025, Kejohanan Dunia 2025, Terbuka Perancis 2025, Final Jelajah Dunia BWF 2025 dan Terbuka Malaysia 2026.
Penyingkiran itu sekali gus menamatkan kempen Malaysia dalam kejohanan Super 500 itu apabila tiada lagi pemain negara meneruskan saingan.- Bernama





