Terbuka Korea: Weijie-Ee Yi mara ke suku akhir, Letshanaa terkandas

Facebook
WhatsApp
BEREGU lelaki negara Chia Weijie-Teo Ee Yi melangkah ke suku akhir Terbuka Korea 2026 selepas menewaskan pasangan Taiwan, manakala K. Letshanaa tersingkir pada pusingan kedua selepas tewas kepada pemain nombor satu dunia, An Se Young.

KUALA LUMPUR, 5 November: Beregu lelaki profesional negara Chia Weijie-Teo Ee Yi meneruskan kemaraan ke suku akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Korea 2026 di Stadium Jinnam, Yeosu, Korea Selatan hari ini.

Gandingan ranking ke-39 dunia itu tidak berdepan masalah untuk menyingkirkan pasangan Taiwan Zhi Wei He-Huang Jui-Hsuan, yang menghuni ranking ke-38 dunia dengan kemenangan 21-9, 21-19 dalam tempoh 28 minit pada pusingan kedua.

Pasangan negara bakal bertemu sama ada gandingan Korea Selatan-Malaysia Choi Sol Gyu-Goh V Shem atau pasangan Jepun Takuro Hoki-Yugo Kobayashi pada suku akhir.

Sementara itu, kemaraan perseorangan wanita negara K. Letshanaa terhenti pada pusingan kedua selepas tewas kepada pemain nombor satu dunia dari Korea Selatan An Se Young, 10-21, 12-21.

Se Young yang juga pilihan utama kejohanan akan berdepan sama ada Riko Gunji dari Jepun atau Tung Ciou-Tong dari Taiwan pada aksi suku akhir. – Bernama