Dua kawasan di Sarawak catat IPU sederhana setakat tengah hari

Facebook
WhatsApp
STATUS kualiti udara di Sarawak menunjukkan sebahagian besar kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap baik setakat 12.00 tengah hari ini.

KUCHING, 3 November: Dua kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap sederhana setakat 12.00 tengah hari ini, manakala kawasan lain merekodkan kualiti udara pada tahap baik.

Berdasarkan status pemantauan kualiti udara yang dikongsikan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), Samalaju mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 59, diikuti Bintulu dengan 52.

Kawasan lain yang mencatatkan bacaan IPU pada tahap baik termasuk Kuching (42), Samarahan (48), Serian (30), Sri Aman (31), Sarikei (32), Sibu (38), Mukah (30) dan Kapit (28).

Turut merekodkan bacaan pada tahap baik ialah Miri (31), ILP Miri (28), Limbang (27), Lundu (43), Tebedu (27), Lubok Antu (37), Kanowit (37), Belaga (25) dan Lawas (35).

Mengikut pengelasan IPU, bacaan antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, manakala bacaan 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.

Orang ramai disaran terus memantau perkembangan kualiti udara dan mendapatkan maklumat terkini melalui saluran rasmi NREB.

Oleh Shikin Mahmud