PUTRAJAYA, 1 November: Perkhidmatan pembaharuan pasport menerusi sistem MyOnline Passport akan menawarkan pilihan tempoh sah laku selama lima atau 10 tahun mulai esok.
Jabatan Imigresen (JIM) menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan bahawa kemudahan baharu itu membolehkan pemohon memilih tempoh sah laku pasport berdasarkan keperluan masing-masing.
“Inisiatif ini memberikan lebih fleksibiliti dan kemudahan kepada rakyat Malaysia untuk memilih tempoh sah laku pasport mengikut keperluan masing-masing,” menurut JIM. – Bernama




