237 bot meriahkan perlumbaan Bot Laju Bintangor 2026

Facebook
WhatsApp
RASMI.....Penyandang kerusi DUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing, Ahli Parlimen Tanjong Manis, Dato Ir. Yusuf Abd Wahab dan penyandang ADUN Meluan merasmikan Perlumbaan Bot Laju Bintangor 2026 Edisi Ke-11. Foto Pusat Khidmat Penyandang ADUN Meradong

BINTANGOR, 31 Oktober: Sebanyak 237 bot daripada lapan kategori perlumbaan menyertai perlumbaan Bot Laju Bintangor 2026 Edisi Ke-11 yang berlangsung dari 30 Oktober hingga 1 November 2026.

Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, penyertaan peserta dari Sarawak, Johor, Brunei Darussalam dan Singapura mencerminkan sambutan menggalakkan terhadap acara tahunan yang semakin mendapat perhatian peminat sukan air.

“Perlumbaan Bot Laju Bintangor bukan sekadar pertandingan perlumbaan bot laju, malah menjadi platform penting untuk menyatukan masyarakat, mengeratkan silaturahim serta memperkenalkan keunikan Sungai Rajang dan Daerah Meradong kepada masyarakat luar.

“Jumlah penyertaan tersebut membuktikan bahawa acara ini semakin mendapat perhatian dalam kalangan peminat sukan air dari pelbagai tempat, sekali gus membuka ruang kepada hubungan yang lebih erat dalam komuniti sukan air,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis perasmian Perlumbaan Bot Laju Bintangor 2026 Edisi Ke-11, semalam.

Ding berkata, penganjuran edisi kali ini pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 4 hingga 6 September lalu, namun terpaksa ditangguhkan berikutan keadaan jerebu demi memastikan keselamatan peserta, petugas dan pengunjung.

Katanya, acara tersebut akhirnya dapat diteruskan selepas jawatankuasa penganjur menyelaras semula persiapan bagi memastikan kelancaran pertandingan.

Dalam pada itu, katanya, perlumbaan tersebut mempunyai potensi besar untuk berkembang sebagai salah satu tarikan pelancongan sukan air yang mampu menarik lebih ramai pengunjung ke Daerah Meradong.

“Penganjuran acara ini bukan sahaja memberikan hiburan kepada pengunjung, malah mampu merancakkan ekonomi setempat melalui sektor penginapan, makanan dan minuman, pengangkutan serta perniagaan kecil.

“Kehadiran peserta dan pengunjung dari luar juga memberikan peluang untuk memperkenalkan produk tempatan, budaya masyarakat serta keunikan Sungai Rajang kepada khalayak yang lebih luas,” katanya.

Ding turut mengingatkan semua peserta supaya mengutamakan disiplin, semangat kesukanan dan persaingan sihat sepanjang perlumbaan berlangsung.

Tambahnya, aspek keselamatan perlu diberikan perhatian oleh semua pihak bagi memastikan pertandingan dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa menjejaskan keselamatan peserta dan pengunjung.

“Saya menggesa semua peserta agar sentiasa mengutamakan semangat kesukanan, disiplin dan persaingan yang sihat, di samping memastikan aspek keselamatan menjadi keutamaan sepanjang pertandingan berlangsung.

“Saya berharap penganjuran acara tersebut dapat diperkukuh melalui perancangan lebih teratur, promosi meluas serta kerjasama berterusan antara kerajaan, sektor swasta dan masyarakat setempat,” katanya.

Menurutnya, usaha tersebut penting bagi memastikan perlumbaan Bot Laju Bintangor terus berkembang sebagai acara sukan air berprestij, sekali gus menjadi kebanggaan masyarakat Meradong dan Sarawak.

Turut hadir Ahli Parlimen Tanjong Manis, Dato Ir. Yusuf Abd Wahab; penyandang kerusi DUN Meluan, Dato Rolland Duat Jubin; Pegawai Daerah Meradong, Wee Teck Min; Setiausaha Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ) yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perlumbaan Bot Laju 2026, Lau Chi Sing dan Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering.

Oleh Earl Anek

45 kawasan catat sederhana setakat pagi ini

KUALA LUMPUR, 31 Oktober: Sebanyak 45 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tahap sederhana setakat pagi ini. Menurut