KUALA LUMPUR, 31 Oktober: Sebanyak 45 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tahap sederhana setakat pagi ini.
Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Batu Muda di sini mencatatkan bacaan IPU sederhana yang tertinggi dengan 83, diikuti Cheras 76.
Di Johor, enam kawasan merekodkan IPU sederhana iaitu Larkin (73), Kluang (69), Pasir Gudang (61), Tangkak (60), Pengerang (55) dan Segamat (51) serta lima kawasan di Selangor melibatkan Johan Setia (71), Klang (69), Shah Alam dan Banting (60) serta Petaling Jaya (58).
Bacaan sama turut direkodkan di 10 kawasan di Sarawak meliputi IPD Serian (68), Sri Aman (65), Samalaju (62), Mukah dan Kuching (61), Samarahan (59), Sibu (56), Kapit (53), Bintulu (52) serta Sarikei (51), manakala tiga di Negeri Sembilan membabitkan Nilai (66), Seremban (62) dan Port Dickson (56).
Kualiti udara sederhana turut dicatatkan di empat kawasan di Sabah meliputi Tawau dan Keningau (60), Kimanis (56) serta Sandakan (52); tiga di Perak iaitu Tasek Ipoh (63), Pegoh Ipoh (59) dan Seri Manjung (54) selain bacaan sama turut direkodkan di Seberang Perai (68) dan Seberang Jaya, Pulau Pinang (53); Putrajaya (62); Balok Baru Kuantan, Pahang (61); Labuan (53); serta Kuala Terengganu (55) dan Sungai Petani, Kedah (59).
Di Melaka, tiga kawasan mencatatkan IPU sederhana iaitu Bukit Rambai (61), Alor Gajah (60) dan Bandaraya Melaka (59), serta dua kawasan di Kelantan melibatkan Kota Bharu (59) dan Tanah Merah (51) selain sebanyak 24 kawasan mencatatkan IPU baik.
IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).- Bernama





