MANILA, 30 Oktober: Gunung Berapi Mayon di wilayah Albay, utara Filipina meletus pada Jumaat, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina, lapor Xinhua.
Institut itu menaikkan tahap amaran daripada Tahap Dua kepada Tahap Tiga, dengan Tahap Lima merupakan tahap amaran tertinggi.
Gunung berapi berkenaan terletak kira-kira 500 kilometer di tenggara Manila. – Bernama




