Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas tren di Sepanyol – Kementerian Luar

Facebook
WhatsApp
TIADA RAKYAT MALAYSIA TERLIBAT... Kementerian Luar mengesahkan tiada warganegara Malaysia terjejas dalam nahas kereta api laju di Sepanyol. Foto Fail Bernama

KUALA LUMPUR, 29 Oktober: Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan maut kereta api laju berhampiran Urda, Toledo, Sepanyol, pada Rabu, Kementerian Luar mengesahkan.

Kementerian itu dalam kenyataan pada Khamis menyatakan penghargaan kepada pihak berkuasa Sepanyol atas bantuan dan kerjasama mereka dengan Kedutaan Malaysia di Madrid.

“Kementerian juga ingin menyampaikan penghargaan Kerajaan Malaysia kepada pihak berkuasa Sepanyol yang berkaitan atas bantuan dan kerjasama berharga mereka kepada Kedutaan Malaysia di Madrid dalam usaha mengesahkan sama ada terdapat warganegara Malaysia yang terjejas oleh insiden itu,” menurut kenyataan itu.

Malaysia turut merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan dan rakyat Sepanyol atas tragedi itu, yang mengakibatkan kematian dan kecederaan.

Media melaporkan dua tren penumpang berlanggar di wilayah Toledo Sepanyol pada Rabu selepas kerosakan komputer melumpuhkan sistem keselamatan.

Pihak berkuasa berkata hampir 70 maut dan tiga hari perkabungan negara telah diisytiharkan.- Bernama