APM Sarawak, JKMS perkukuh kerjasama pengurusan bencana

Facebook
WhatsApp
DELEGASI APM dan JKMS mengadakan perbincangan berkaitan pengurusan serta kesiapsiagaan menghadapi bencana di Sarawak. APM Sarawak. Foto APM.

KUCHING, 29 Oktober: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) bagi membincangkan usaha memperkukuh pengurusan bencana di negeri ini.

Delegasi APM Sarawak diketuai Pengarahnya, TPj. (PA) Mohtar Samat dan disambut Pengarah JKMS, Tuan Semawi Mohamad.

Turut menyertai delegasi ialah Penolong Pengarah APM Sarawak, Mej. (PA) Zulfaituri Ramlee; Ketua Cawangan Bencana dan Operasi APM Sarawak, Mej. (PA) Madihi Habib; serta Ketua Unit Sekretariat dan Perhubungan Awam dan Dokumentasi APM Sarawak, Kapt. (PA) Nazura Marlinda Sabran.

DELEGASI APM dan JKMS bergambar kenangan selepas kunjungan hormat di pejabat JKMS. Foto APM.

Perbincangan memberi tumpuan kepada aspek kesiapsiagaan, penyelarasan operasi serta penyaluran bantuan kepada mangsa bencana.

Kedua-dua agensi turut membincangkan pengurusan mangsa, penyediaan bantuan kebajikan dan penyelarasan tindakan bagi memastikan keperluan mereka dapat ditangani secara teratur dan berkesan.

Kerjasama itu diharap dapat meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi bencana serta memastikan kebajikan dan keselamatan masyarakat terus diberi keutamaan.

Oleh Shikin Mahmud

11 kawasan Sarawak rekod IPU sederhana

KUCHING, 29 Oktober: Sebanyak 11 kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sederhana setakat 4.00 petang