KKM buka pengambilan khas 750 Pegawai Perubatan UD10 tetap di Sabah, Sarawak

Facebook
WhatsApp

PUTRAJAYA, 29 Oktober: Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan pengambilan khas bagi mengisi 750 kekosongan jawatan Pegawai Perubatan Gred UD10 secara tetap di Sabah dan Sarawak dengan permohonan dibuka bermula 9 hingga 15 November.

KKM berkata pengambilan itu terbuka kepada semua pegawai perubatan lantikan kontrak yang menjalani latihan siswazah bermula Siri 1/2016 pada 5 Disember 2016 hingga Siri 6/2024 pada 14 Oktober 2024 termasuk pegawai yang telah tamat kontrak perkhidmatan.

“Bagi melayakkan diri, calon mesti telah menamatkan latihan siswazah dengan jayanya serta berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia selewat-lewatnya pada tarikh tutup iklan permohonan,” menurut KKM  menerusi kenyataan hari ini.

KKM memaklumkan pegawai berkelayakan dan berminat boleh mengemukakan permohonan menerusi sistem SPA9 kendalian Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) apabila iklan pengambilan dibuka.

“Bagi pegawai yang berjaya dalam urusan pelantikan tetap ini, tarikh lapor diri dicadangkan pada 15 Februari 2027,” menurut kenyataan itu.

KKM memaklumkan pengambilan itu sebahagian daripada komitmen Kerajaan MADANI untuk melaksanakan pelantikan tetap membabitkan lebih 9,000 pegawai perubatan, seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Belanjawan 2027.

“Langkah proaktif ini juga dirangka bagi merapatkan jurang pengisian perjawatan serta memastikan pengekalan sumber tenaga perubatan di Sabah dan Sarawak berada pada tahap optimum,” menurut kenyataan itu. – Bernama

KKM perkukuh sistem sokongan kesihatan mental

KUALA LUMPUR, 25 Oktober: Kementerian Kesihatan (KKM) terus memperkukuh sistem sokongan dan akses perkhidmatan kesihatan mental di seluruh negara termasuk menerusi