SIBU, 28 Oktober: Perkhidmatan feri Batang Paloh akan menamatkan operasinya pada 12.00 tengah hari Jumaat ini (30 Oktober), seiring dengan pembukaan Jambatan Batang Paloh untuk laluan awam.
Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi kenyataannya memberitahu, selama ini, feri menjadi penghubung perjalanan harian, pertemuan keluarga dan urusan mencari rezeki. Kini, khidmatnya bakal menjadi kenangan yang terpahat dalam ingatan masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh petugas feri atas jasa dan dedikasi membawa pengguna menyeberangi sungai dengan selamat.
Berakhir sebuah khidmat, kekal seribu kenangan.
Oleh Akun Giman




