Mobile Service To U mudahkan penduduk Sungai Labas akses perkhidmatan kerajaan

Facebook
WhatsApp
ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing menyantuni penduduk Perumahan Cina Sungai Labas. Foto Pusat Khidmat DUN Meradong

BINTANGOR, 25 Oktober: Pendekatan membawa perkhidmatan kerajaan terus kepada masyarakat melalui Program Mobile Service To U mampu memudahkan penduduk luar bandar mendapatkan maklumat, mengemukakan permasalahan dan menyampaikan keperluan mereka tanpa perlu berurusan di pelbagai lokasi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong yang juga Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintangor, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, inisiatif tersebut merupakan antara usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan yang lebih dekat, mudah diakses dan responsif terhadap keperluan masyarakat.

“Program Mobile Service To U memberikan peluang kepada penduduk untuk mendapatkan maklumat mengenai pelbagai perkhidmatan kerajaan, mengemukakan pertanyaan dan menyampaikan masalah yang dihadapi secara langsung kepada pihak berkaitan.

“Melalui pendekatan turun padang seperti ini, kita berharap urusan masyarakat dapat dipermudahkan, di samping meningkatkan kesedaran mereka mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang tersedia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Mobile Service To U yang diadakan di Perumahan Cina Sungai Labas, semalam.

Katanya, program tersebut turut menyediakan platform komunikasi dua hala antara masyarakat dengan agensi kerajaan bagi membolehkan pelbagai keperluan penduduk dikenal pasti dengan lebih dekat.

DATUK Ding Koung Hiing hadir ke Program Mobile Service To U. Foto Pusat Khidmat DUN Meradong

“Hubungan erat antara pemimpin, agensi kerajaan dan masyarakat perlu terus diperkukuh supaya setiap pandangan serta keperluan penduduk dapat diberikan perhatian yang sewajarnya.

“Melalui program seperti ini, masyarakat mempunyai ruang untuk menyampaikan cadangan dan permasalahan mereka, sekali gus membantu pihak berkaitan memahami keadaan sebenar di peringkat akar umbi,” katanya.

Ding turut menekankan bahawa usaha mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada masyarakat bukan sahaja memudahkan urusan penduduk, malah dapat meningkatkan kefahaman mengenai bantuan dan kemudahan yang boleh dimanfaatkan.

“Saya berharap program ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa kerana ia memberikan manfaat kepada masyarakat dan membantu memperkukuh hubungan antara penduduk dengan agensi kerajaan.

“Usaha membawa perkhidmatan terus kepada rakyat perlu diteruskan supaya masyarakat mendapat akses yang lebih mudah dan berkesan terhadap kemudahan yang disediakan,” katanya.

Beliau turut menyifatkan kerjasama antara pelbagai pihak sebagai elemen penting dalam memastikan usaha meningkatkan kesejahteraan masyarakat dan pembangunan setempat dapat dilaksanakan secara berterusan.

Turut hadir, Bendahari SUPP Cawangan Bintangor, Lee Ngin Soon; Ketua Pergerakan Pemuda SUPP Cawangan Bintangor, Ley Chee Hua; Kapitan Wong Mee King dan Kapitan Leong King Yung.

Oleh Earl Anek

JCI perkasa bakat, kepimpinan generasi muda

SIBU, 25 Oktober: Penglibatan golongan muda dalam organisasi seperti Junior Chamber International (JCI) penting bagi melahirkan pemimpin masa depan yang