Bomba tangkap ular sawa dalam reban ayam

Facebook
WhatsApp
DITANGKAP.....Ular sawa berjaya ditangkap oleh anggota bomba menggunakan alat penjerut ular. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR, 24 Oktober: Kehadiran seekor ular sawa di dalam reban ayam di Jalan Muhibah mencetuskan kebimbangan penghuni pada malam kelmarin.

Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.22 malam.

Katanya, komander operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Zamri Rosli bersama dua anggota bomba digerakkan bagi menjalankan operasi menangkap reptilia tersebut.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati benar terdapat seekor ular sawa berada di dalam reban ayam seperti yang dilaporkan.

“Anggota bomba bertindak menangkap ular tersebut menggunakan alat penjerut ular,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, operasi menangkap ular bermula pada 8.30 malam dan berjaya diselesaikan dalam tempoh sembilan minit.

“Ular sawa tersebut berjaya ditangkap dan kemudiannya dilepaskan semula ke habitat asal

“Khidmat khas menangkap ular sawa selesai sepenuhnya pada 8.39 malam,” katanya.

Oleh Earl Anek