Kabin pemandu jengkaut hangus dalam kebakaran di Kampung Moyan Ulu

Facebook
WhatsApp
BAHAGIAN kabin pemandu sebuah jengkaut jenis Hitachi Zaxis 135 mengalami kerosakan akibat kebakaran dalam kejadian di Kampung Moyan Ulu. Foto: BBP Asajaya

ASAJAYA, 18 Oktober: Bahagian kabin pemandu sebuah jengkaut jenis Hitachi Zaxis 135 mengalami kerosakan akibat kebakaran dalam kejadian di Kampung Moyan Ulu, Asajaya, hari ini.

Menurut kenyataan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Asajaya, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kebakaran jengkaut itu sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan.

Operasi berkenaan diketuai Komander Operasi, PBK I Abang Othman Abang Sharbini bersama tiga anggota, iaitu PBB Sukri Sabas, PBB Fattol Lilah Daut dan PBB Muhamad Salihin Jaik. Sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) jenis Atego turut digunakan dalam operasi tersebut.

Bagaimanapun, kerja-kerja pemadaman tidak dijalankan oleh pasukan bomba kerana kebakaran berkenaan telah berjaya dipadamkan sendiri oleh pelapor sebelum ketibaan anggota di lokasi kejadian.

Pasukan bomba kemudian menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap jengkaut terbabit bagi memastikan tiada bara api yang masih menyala atau kemungkinan berlakunya kebakaran sekunder yang boleh mencetuskan semula kebakaran.

Akibat kejadian itu, bahagian kabin pemandu jengkaut mengalami kerosakan dengan anggaran kerosakan melibatkan kira-kira 15 peratus daripada harta yang terlibat. Bagaimanapun, punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan dan tindakan lanjut.

Operasi ditamatkan selepas pihak bomba berpuas hati bahawa keadaan di lokasi selamat serta tiada lagi risiko kebakaran. Tiada maklumat lanjut mengenai punca kejadian dilaporkan setakat ini.

Oleh Adi Safarman

Rumah kosong musnah sepenuhnya dijilat api

ASAJAYA, 13 Oktober: Sebuah rumah kosong berstruktur separuh kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Jalan Jemukan menghala ke Semara, berhampiran