Ahli politik Filipina didakwa biaya jet bawa 521 kg dadah di Laos – PDEA

Facebook
WhatsApp
AHLI politik Mindanao didakwa biayai sewa jet peribadi bawa 521 kg syabu bernilai PHP3.54 bilion yang dirampas di Laos, kata PDEA.

MANILA, 15 Oktober: Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Dadah Filipina (PDEA) Joseph Frederick Calulut pada Khamis berkata pihak penyiasat telah mengesahkan bahawa seorang ahli politik dari Mindanao didakwa membiayai sewaan sebuah jet peribadi yang membawa 521 kilogram (kg) bahan disyaki syabu bernilai PHP3.54 bilion (kira-kira RM229 juta), yang dirampas di Laos, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).

Beliau enggan mendedahkan identiti ahli politik tersebut serta jumlah bayaran yang dibuat.

Seorang warga Filipina yang dikenali sebagai Fahad, yang dilaporkan merupakan penduduk Bandar Marawi, ditangkap selepas dadah tersebut dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang. Pihak berkuasa berkata penghantaran dadah itu menuju ke Filipina.

Ketua PDEA Isagani Nerez sebelum ini memaklumkan bahawa pihak penyiasat sedang menjejaki sekutu Fahad serta mengenal pasti kemungkinan rakan subahat di Filipina, sebagai sebahagian daripada siasatan berterusan terhadap penyeludupan dadah rentas sempadan. – Bernama-PNA