PETRA JAYA, 12 Oktober: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM988 juta pada 2027 bagi meneruskan pembangunan Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS).
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, peruntukan itu disediakan di bawah inisiatif pembiayaan alternatif bagi menyokong pembangunan sistem pengangkutan berkenaan.
“Sebanyak RM988 juta disediakan pada tahun hadapan menerusi inisiatif pembiayaan alternatif bagi meneruskan pembangunan KUTS.
“Selain itu, RM124 juta diperuntukkan kepada Sarawak Metro untuk menampung keperluan operasi, termasuk fasa perintis serta persediaan sebelum perkhidmatan komersial dimulakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2027), 2026 bagi Bacaan Kali Kedua pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, di sini, hari ini.Menurut beliau, pelaksanaan percubaan Transit Aliran Autonomi (ART) berkuasa hidrogen dijalankan pada 2026, sebelum perkhidmatan itu dilaksanakan sepenuhnya mulai 2027.
Mengulas lanjut, laluan percubaan ART akan beroperasi dari Depoh Rembus di Samarahan ke Northbank di Stutong, dengan sokongan bas pengantara berkuasa hidrogen serta kemudahan pengeluaran hidrogen di Depoh Rembus.
Selain itu, sebanyak RM124 juta diperuntukkan kepada Sarawak Metro bagi menyokong operasi, termasuk fasa percubaan dan persediaan operasi komersial.
Oleh Shikin Mahmud





