Betong catat IPU tidak sihat, kawasan lain sederhana

Facebook
WhatsApp
STATUS indeks IPU Sarawak

KUCHING, 11 Oktober: Betong mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat iaitu 171, manakala kawasan pemantauan lain di Sarawak kekal pada tahap sederhana setakat 8.00 pagi ini.

Menurut Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) menerusi status IPU Sarawak hari ini, Betong (MCAQM) merupakan satu-satunya kawasan yang merekodkan bacaan dalam kategori tidak sihat.

Kuching mencatat bacaan IPU 93, diikuti Samalaju (98), Miri dan Lundu masing-masing 95, Bintulu (95), Sibu (88), Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri (86), Limbang dan Kanowit masing-masing 85, Sarikei (82), Mukah (79), Samarahan (78), Lubok Antu (76), Serian (MCAQM) dan Belaga masing-masing 71, Kapit (66), Bario (63), Tebedu (62) serta Sri Aman (67).

Bacaan IPU antara 51 hingga 100 dikategorikan sebagai sederhana, manakala bacaan antara 101 hingga 200 berada pada tahap tidak sihat.

Bacaan IPU dikira berdasarkan purata bergerak 24 jam bagi parameter pencemar udara yang paling dominan.