Sarang tebuan ditemui pada pemampat penyaman udara tingkat dua rumah

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA bomba memusnahkan sarang tebuan pada unit pemampat penyaman. Foto BBP Sarikei

SARIKEI, 10 Oktober: Kehadiran sarang tebuan pada unit pemampat penyaman udara di tingkat dua sebuah rumah di Jalan Getah mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan penghuni sebelum sarang serangga berbisa tersebut berjaya dimusnahkan anggota bomba pada malam kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Vincent Baling berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.25 malam.

“Komander operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Dingat Ngadi bersama lapan anggota bomba bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.

“Pemeriksaan di lokasi mendapati terdapat sarang tebuan pada pemampat penyaman udara di tingkat dua yang memerlukan tindakan pemusnahan bagi mengelakkan risiko sengatan kepada penghuni,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, operasi memusnahkan sarang tebuan bermula pada 8.29 malam.

“Anggota bomba mengambil langkah keselamatan dengan mengenakan pakaian pelindung diri (PPE) sebelum menjalankan kerja mesnahkan sarang tersebut.

“Racun serangga digunakan untuk memusnahkan sarang tebuan tersebut dan operasi berjaya dilaksanakan.

“Khidmat khas di lokasi selesai sepenuhnya pada 8.49 malam,” katanya.

Oleh Earl Anek