MARUDI, 9 Oktober: Seramai 135 ahli menerima kad keahlian Parti Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak, Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu bagi kawasan Poyut/Lubok Nibong.
Daripada jumlah tersebut, 75 ahli dari Ranting Poyut, 33 ahli dari Ranting Poyut 1, 22 ahli dari Ranting Poyut Nibong dan lima ahli dari Ranting Nibong.

Sementara itu, sejumlah RM28,000 peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) diagihkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta organisasi lain oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, pada majlis penyampaian cek MRP dan kad keahlian PBB yang berlangsung di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu cawangan Marudi semalam.
Penerima cek MRP tersebut ialah SIDS Rh Sigan Sg Muam (RM4,000), SIDS Rh Judan Sg Dabai (RM4,000), PIBG SK Good Shepherd Marudi (RM4,000), JKKK Rh Henry Iboh Lugan Tungga (RM9,000) dan JKKK Rh Judan Sg Dabai Marudi (RM7,000).
Sehubungan itu, Gerawat mengucapkan tahniah kepada semua penerima peruntukan MRP berkenaan dan berharap peruntukan tersebut digunakan sebaik mungkin untuk melaksanakan aktiviti masing-masing.
Oleh Jiku Juguong




