Kualiti udara Sarawak kekal sederhana

Facebook
WhatsApp
KUALITI udara Sarawak kekal pada tahap sederhana dengan bacaan IPU antara 64 hingga 97 setakat 9 pagi hari ini, dengan Serian mencatat bacaan tertinggi 97.

KUCHING, 8 Oktober: Kesemua kawasan pemantauan kualiti udara di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap sederhana setakat 9.00 pagi hari ini.

Menurut Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), bacaan IPU di kawasan pemantauan adalah antara 64 hingga 97, dengan Serian (MCAQM) mencatat bacaan tertinggi iaitu 97, diikuti Betong (96), Kuching (93), Samarahan dan Lubok Antu masing-masing 92 serta Sri Aman (90).

Bintulu mencatat bacaan 87, Lundu (85), Samalaju (82), Kanowit (81), Sibu dan Tebedu masing-masing 78, Mukah dan Kapit masing-masing 76, Sarikei (75), Belaga (74), Lawas (71), Bario (70), Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri (68) dan Limbang (64).

Kesemua bacaan berkenaan berada dalam kategori sederhana, iaitu antara 51 hingga 100.

Tiada kawasan mencatatkan bacaan IPU dalam kategori tidak sihat, sangat tidak sihat atau berbahaya setakat 9.00 pagi hari ini.

IPU dikira berdasarkan purata bergerak 24 jam bagi parameter pencemar udara yang paling dominan.