JIM Sarawak selaras keperluan imigresen Loji Shell MDS 2027

Facebook
WhatsApp
JIM Sarawak mengadakan pertemuan bersama pihak Shell Malaysia bagi membincangkan keperluan imigresen Loji Shell MDS 2027 di Kuching, hari ini. Foto JIM Sarawak.

KUCHING, 5 Oktober: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak mengadakan pertemuan bersama Shell Malaysia Huluan dan Gas Bersepadu (Shell Malaysia Upstream and Integrated Gas) bagi membincangkan keperluan imigresen berkaitan pelaksanaan Penutupan Loji Shell MDS 2027 (Shell MDS Plant Turnaround 2027).

Pertemuan yang dikenali sebagai Pertemuan Hormat dan Taklimat mengenai Penutupan Loji Shell MDS 2027 serta Keperluan Imigresen mengenai Kerja Henti Operasi dan Penyelenggaraan Loji Shell MDS 2027 serta Keperluan Imigresen Berkaitan itu berlangsung di Hotel Sheraton Kuching, hari ini.

Pertemuan berkenaan diketuai Timbalan Pengarah Imigresen Negeri (Kawalan), Norhafiza Junaidi, bersama pegawai Bahagian Khidmat Ekspatriat, JIM Sarawak.

JIM Sarawak dan Shell mengadakan perbincangan bagi menyelaras keperluan imigresen melibatkan tenaga kerja asing, personel teknikal serta pakar bagi Penutupan Loji Shell MDS 2027. Foto JIM Sarawak

Pihak Shell memberikan penerangan mengenai perancangan Penutupan Loji Shell MDS 2027, termasuk keperluan penglibatan personel teknikal, pakar serta pakar bidang khusus dari dalam dan luar negara.

Perbincangan turut meliputi kemudahan dan urusan imigresen serta perkara yang perlu diberi perhatian pihak majikan ketika mengemukakan permohonan berkaitan penglibatan tenaga kerja asing.

Pertemuan itu turut membincangkan penyelarasan keperluan imigresen lebih awal bagi penglibatan tenaga kerja asing dalam projek berkenaan.

JIM Sarawak dalam kenyataan hari ini berkata, perbincangan tersebut turut merangkumi perkongsian maklumat berkaitan proses dan keperluan imigresen yang berkuat kuasa.