Google lancar satelit dengan cip AI, uji prestasi di angkasa

Facebook
WhatsApp
GOOGLE lancar satelit dengan cip AI, uji prestasi di angkasa. Foto janaan AI

LOS ANGELES, 3 Oktober: Google melancarkan satelit prototaip ke orbit pada Khamis untuk menilai bagaimana unit pemprosesan tensor (TPU)nya beroperasi di angkasa, lapor Xinhua.

Satelit prototaip, yang membawa empat TPU Google, telah dilancarkan dalam misi bersama Transporter-18 SpaceX.

Menurut Google, pasukannya telah mengesahkan hubungan dengan satelit itu dan ia beroperasi seperti yang dijangkakan.

Pelancaran itu adalah langkah pertama Projek Suncatcher iaitu projek penyelidikan jangka panjang yang dijalankan dengan kerjasama Planet Labs PBC untuk meneroka sama ada infrastruktur pembelajaran mesin boleh diadakan angkasa lepas.

Dalam beberapa minggu akan datang, Google akan mengumpul data dalam orbit tentang cara TPUnya mengendalikan tekanan fizikal, sinaran dan haba di angkasa.

Syarikat itu akan menggunakan maklumat itu untuk memperhalusi reka bentuk masa depan.

Di orbit bumi yang rendah, satelit boleh mengakses cahaya matahari yang hampir malar, menjana sehingga lapan kali lebih kuasa suria daripada di bumi, menurut Google.

Pada masa hadapan, kumpulan kecil satelit berpotensi dihubungkan, bagi membolehkan pengendalian beban kerja AI yang lebih besar di orbit, menurut syarikat itu. – Bernama

Dua maut dalam nahas jalan raya di Sibu

SIBU, 3 Oktober: Dua individu maut selepas kereta Perodua Bezza yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat