KUCHING, 3 Oktober: Enam kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 12.00 tengah hari ini, dengan Sri Aman mencatat bacaan 152.
Berdasarkan data Jabatan Alam Sekitar (JAS), Lubok Antu merekodkan bacaan 151, Serian (149), Belaga (122), Kanowit (105) dan Lundu (104), yang turut berada pada tahap tidak sihat.
Jumlah kawasan yang merekodkan bacaan tidak sihat meningkat berbanding empat kawasan pada 9.00 pagi tadi, susulan bacaan di Kanowit dan Lundu turut melepasi paras 100.
Sementara itu, 13 stesen pemantauan lain merekodkan bacaan pada tahap sederhana, termasuk Kuching (94), Samarahan (95), Sarikei (83), Sibu (83), Mukah (70), Kapit (83), Bintulu (86), Samalaju (72), Miri (62), ILP Miri (53), Limbang (57), Tebedu (93) dan Lawas (59).
Bario pula merekodkan bacaan 50, sekali gus berada pada tahap baik.
Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.
Oleh Afiq Sallehi




