KUCHING: Kualiti udara di Sarawak kekal pada tahap sederhana setakat tengah hari ini, dengan Kanowit merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) iaitu 100.
Berdasarkan data pemantauan pada 12.00 tengah hari, sebanyak 17 kawasan merekodkan bacaan sederhana, manakala empat kawasan berada pada tahap baik.
Selain Kanowit, bacaan sederhana tertinggi direkodkan di Sri Aman dengan API 86, diikuti Serian dan Lubok Antu masing-masing 82 serta Samarahan dan Tebedu masing-masing 79.
Kuching pula merekodkan API 74, manakala Betong 75, Lundu 64, Sibu 62, Bintulu 61, Samalaju 60, Sarikei 59, Mukah 56, Belaga 54 dan Miri 52.
Empat kawasan yang mencatatkan kualiti udara baik ialah Bario dengan API 31, Limbang (34), Lawas (37) dan ILP Miri (48).
Tiada kawasan di Sarawak merekodkan bacaan API melebihi 100 atau berada pada kategori tidak sihat setakat 12.00 tengah hari.




