Teksi terbakar di hadapan rumah di Jalan Sentosa

Facebook
WhatsApp
PASUKAN bomba memadam kebakaran membabitkan sebuah teksi di Jalan Sentosa. Foto PGO

SIBU: Sebuah teksi mengalami kebakaran pada bahagian bonet ketika diparkir di hadapan sebuah rumah di Jalan Sentosa, di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.25 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral dikerahkan ke lokasi.

Menurutnya, pasukan bomba tiba di lokasi pada 1.37 pagi, kira-kira 12 minit selepas menerima panggilan kecemasan, dengan jarak perjalanan sejauh tujuh kilometer.

“Setibanya di lokasi, Komander Operasi mengesahkan kebakaran membabitkan bahagian bonet sebuah teksi yang diparkir di hadapan rumah.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) kemudian menjalankan kerja pemadaman menggunakan satu aliran gelendong hos daripada sumber air jentera,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kebakaran berjaya dikawal pada 1.50 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 1.56 pagi.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

Donuf sasar 100 cawangan menjelang 2029

JOHOR BAHRU: Pengasas Donuf, produk gabungan donat dan pastri berkrim (creampuff) rangup, menyasarkan membuka 100 cawangan di seluruh negara menjelang