MIKEL Arteta berharap dengan kembalinya Pierre-Emerick Aubameyang mampu melancarkan kebangkitan Arsenal setelah penyerang dari Gabon itu menandakan permulaan pertamanya musim ini dengan menjaringkan hatrik dalam kemenangan 6-0 pusingan kedua Piala Liga Inggeris di West Bromwich Albion semalam.
Aubameyang terlepas kekalahan mengejutkan Arsenal di Brentford dalam aksi pembuka musim Liga Perdana Inggeris mereka selepas diuji positif Covid-19.
Kapten Arsenal masuk sebagai pemain gantian dalam kekalahan 2-0 Ahad lepas menentang Chelsea tetapi tidak dapat membantu pasukannya daripada mengalami permulaan musim terburuk mereka.
Nicolas Pepe, Bukayo Saka dan Alexandre Lacazette turut menemui sasaran untuk sekurang-kurangnya mengurangkan tekanan ke atas Arteta buat sementara waktu.
Arteta mengakui dia lega mendapat kemenangan menjelang perjalanan sukar Sabtu ini menentang juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City.
Laporan sebelum perlawanan semalam mendakwa Arsenal telah membariskan bekas bos Inter Milan, Antonio Conte untuk menggantikan Arteta jika keputusan tidak meningkat dengan cepat.
“Apabila anda kalah sastu perlawanan, secepat mungkin anda harus menang.
“Permainan hari ini (semalam) akan memberi kami keyakinan. Kami mempunyai pemain yang bermain beberapa minit pertama.
“Auba selepas Covid-19, untuk mendapatkan beberapa minit masa permianan dan menjaringkan tiga gol untuk keyakinannya akan menjadi lebih hebat. Secara keseluruhan, saya fikir ia adalah malam yang sangat positif,” ujar Arteta.- AFP