Aichi-Nagoya 2026: Sivasangari ulangi kejayaan, lengkapkan sasaran enam emas

Facebook
WhatsApp
S. Sivasangari meraikan kejayaan selepas mempertahankan pingat emas perseorangan wanita skuasy pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Nagoya, hari ini. Foto Bernama

NAGOYA: Ratu skuasy negara S. Sivasangari menepati ramalan mempertahankan pingat emas perseorangan wanita selepas menewaskan Anahat Singh 11-4, 11-4, 11-7 pada aksi final di Aichi-Nagoya 2026, hari ini.

Aksi di Nagoya Kinjofuto Arena itu bukan sahaja menyaksikan Sivasangari mengekalkan kejuaraan pada edisi Hangzhou 2022, malah turut mengesahkan tiketnya ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).

Pemain kelahiran Kedah itu tampil tenang sepanjang perlawanan untuk melengkapkan kempen cemerlangnya di Aichi-Nagoya, sekali gus melengkapkan sasaran enam emas Malaysia pada temasya itu.

Terdahulu, Ng Eain Yow turut mempertahankan kejuaraan perseorangan lelaki, meneruskan kecemerlangan kem skuasy Malaysia di pentas Sukan Asia.-Bernama